Thursday, July 23, 2009

Doa Abu Darda' - Perlindungan Diri, Keluarga, Hartabenda

Terjemahan maksud:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan 'arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Kisah Asal:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!”

Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya. Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini."

Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Kisah Terkini:

Serangan botol dari jalan belakang rumah sudah bermula. Jiran sebelah (konon yang ada 9 tu) dah kena pagi tadi, pecah cermin tingkap belakang. Terkejut aku pukul 3.30 pagi tadi. Kali ini, berbeza.. tiada bunyi motosikal.

Aku pernah baca tentang hadith Abu Darda' sebelum ini, tapi tak ingat kat buku mana. Tadi google dan dapat, Alhamdulillah. Cadang nak diamalguna selepas ayat isti'adzah dan basmalah yang biasa dibaca pagi dan petang. Semoga Allah Yang Tidak Tidur dan Maha Gagah Perkasa akan terus membantu. Setelah diselidik, doa bersumber Rasulullah s.a.w ini sungguh mengkagumkan. Ianya adalah gabungan dzikir dan doa serta penyaksian dan keyakinan iman terhadap kalimat Allah SWT sendiri dari - At-Taubah (129), Al-Kahfi (39), At-Thalaq (12), Hud (56) dan lain-lain. Insya Allah, sama-samalah kita kongsi guna.

*Nak puas - copy paste dalam Word - edit size doa/maksud - print.*

4 comments:

  1. :: serangan manusia atau siapa? tingkap tu betul2 dah pecah atau hanya terdengar macam dah pecah?

    ReplyDelete
  2. setakat ini rasa serangan manusia.. minggu lepas perasan ada baki lama pecahan botol kickapoo (hijau) di kakilima belakang jiran. pagi tadi, ada pula sedikit serpihan jenis F&N (putih). si penembak itu tembak tingkap jiran di tingkat atas yg dah pecah di tengah (BgMad pernah tengok) sebelum ini. sekarang tingkap itu dibesarkan lagi hampir pecah satu 'frame'.

    yg pelik, malam tadi sampai sekarang, mcm tak dpt contact 3 orang balik sana. paling pelik, pukul 11.30pm lepas mandi (saja mandi) & masa nak wudhu utk solat malam, ada bisikan pd hati agar "tak payahlah sembahyang malam ni." tapi wudhu tetap diambil & tetap solat walau 2 rakaat saja (surah favourite).

    adakah kesemuanya dah tak ada? kalau ada, yang tinggal, siapa? atau dah tambah masuk yang jenis lain pulak ka?

    kalau masih ada, nak suruh jaga kawasan belakang banyak sikit - bukan dalam pagar, tapi dari kawasan jalanraya belakang (belakang rumah jiran). dari situ si pemungggai biasanya memunggai.

    ReplyDelete
  3. :: kononnya pagi ni pun 3 tu masih lagi berkawal di luar rumah, mungkin sedang berjaga2 dari sesuatu yang di luar jangka.

    ReplyDelete
  4. salam..blog yang sgt bagus..
    saya mohon copy serba sedikit ilmu dalam ni..
    terima kasih..

    ReplyDelete