Wednesday, July 22, 2009

Budak Yang Menangis

Subuh tadi, sampai surau terlambat sikit - waktu dah masuk 10 minit. Tetap azan macam biasa, cuma kurang deras kerana tekak sakit - selsema. Alhamdulillah, suara panggilan ringkas itu dengan izin Allah - dapat sampaikan 2 orang lagi ke surau. Seorang - Kang Hj Salam (asal Jawa, penduduk tetap) dan seorang lagi pelajar sekolah Ting. 4 sekolah MakTeh. Dan macam biasa, imamkan mereka. Subuh ini.. bawa Surah An-Naba'.

Lepas solat, 6.30 pagi semasa nak ke motosikal yang diparking di luar pagar - dengar bunyi budak menangis. Tangisan yang amat kuat. Suara itu dari dalam rumah (teres) yang dah terang lampunya betul-betul berhadapan pintu pagar surau. Sebelum start motor - tetiba teringat nak bacakan Al-Fatihah pada budak itu, semoga diam tenteram dan menenangkan ibubapanya.

Takdir Tuhan, habis sahaja Al-Fatihah - suara menangis itu senyap. Yang dengar hanyalah suara ibunya pula. Tak tahulah, mungkin ketika itu budak itu dah dapat botol susu atau susu ibu pada ketika itu. Lepas itu, aku start motosikal dan balik.

Sesungguhnya, pada pandangan aku - kita boleh menghadiahkan bacaan Al-Quran dan mendoakan pada yang masih hidup atau yang telah mati. Dan iringan doa itu sebaiknya memohon kebaikan dari Allah untuk yang ditujukan, juga memohon perlindungan Allah dari segala bentuk keburukan.

Teringat pula satu topik di forum rawatansihir dulu, mencadang agar dihadiahkan ayat Qur'an pada orang yang disyaki fasiq - misalnya tok bomoh dan dukun penyihir. Hadiahkan ayat-ayat ruqyah seperti Al-Baqarah 163 (100x) atau ayat Qursi (33x). Lagi bagus, hari-hari. Doanya adalah mohon agar Allah membuka hatinya, bertaubat dan memimpinnya ke jalan benar. Tak lupa juga, mohon Allah lindungkan siapa pemberi hadiah dan doa itu - supaya proses ke arah kebaikan ini tidak menimbulkan fitnah dan serangan balas. Memang baik jika seorang Islam mendoakan kebaikan untuk seorang Islam yang lain tanpa diketahui oleh yang didoakan.

Untuk orang bukan Islam pun boleh didoakan. Nabi sendiri di awal kerasulan pernah berdoa agar Islam diperkuatkan, sama ada oleh Umar Al-Khattab atau Abu Jahal. Dan Allah memilih Umar.. dia masuk Islam setelah mendengar bacaan surah Thoha di rumah adiknya. Memang Al-Qur'an ini mukjizat yang amat menakjubkan.

Kalau aku, amatlah dialu-alukan kalau orang menghadiahkan ayat Qur'an pada aku, atau mendoakan kebaikan untuk aku. Hadiah yang amat berharga, tak ternilai.

Tapi.. kalau puak tokmoh dan tokkun ni pula.. seronok ke dapat hadiah ruqyah sebegini? Akan rasa sejuk dingin menyegarkan.. atau.. hangat pijar yang membakar? Atau tiada kesan apa-apa - sebab mungkin dia pun ada dinding yang hebat juga. Allahu A'lam.

Jadi yang paling baik mungkin - bacaan itu diniat TALA TUJU TERUS pada para jin pengacau yang menghuni diri atau yang mengganggu keluarga dan harta benda. Nah kau.

Catatan: Terjemahan Doa Nurun Nubuwah dan kaifiat dah disiapkan.

4 comments:

  1. :: salam... kita dituntut mendoakan kesejahteraa kepada semua, itu yang sebaik2nya, termasuk kepada musuh kita semoga dibuka pintu hati mereka olehNYA agar menjadi orang terbaik/terpilih dan kepada yang bukan Islam semoga menjadi orang beriman, insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. insya allah. cuma kdg2 sakit hati & geram pd orang kafir & munafik itu yang menyebabkan doa terpisah dua.

    ReplyDelete
  3. :: kekadangnya berkaitan dengan hati kita... berkaitan dengan keikhlasan kita... dalam usaha berdoa untuk kesejahteraan semua...

    ReplyDelete
  4. :: kononnya Kang Hj Salam tu boleh tahan jugak orangnya... cuba2 la rapat2 dengan dia... sebab ada jenis orang ni, kalau tak tanya dia tak akan beritau... hehehe... kucing/rimau simpan kuku...

    ReplyDelete